Profil


Dr Rahmat telah dibesarkan dan menerima pendidikan awalnya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau memiliki ijazah Bacelor Pendidikan UPM dalam bidang Linguistik dan Pendidikan Bahasa. Sejak bergraduat beliau telah banyak menulis rencana untuk akhbar Utusan dan Berita Harian. Pada tahun 1996 beliau telah melanjutkan pelajarannya di Murray State University, Kentucky, Amerika Syarikat, pada peringkat Ijazah Sarjana Sains Komunikasi Massa. Pada tahun 2000, sekembalinya dari Amerika, beliau telah mengambil cuti sabatikal untuk bersama TV3 sebagai wartawan penyiaran selama dua bulan.

Pada tahun 2002 beliau telah diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah di University of Leicester, England dengan tesisnya yang bertajuk: Online Journalism, Democracy and National Integration; A Malaysian Case.

Beliau telah membentangkan beberapa kertas kerja di dalam dan luar negara seperti di Beijing University of Foreign Studies, Beijing, China, di Leicester, UK, di Manchester  UK, Univ Panjajaran Indonesia, di University of Manila, Filipina, mengenai isu Linguistik, Kewartawanan, dan Akhbar Dalam Talian.

Beliau Pernah mewakili Malaysia sebagai pakar kurikulum Kewartawanan di Persidangan UNESCO-ASEAN; UNESCO Journalism Curricula Model yang telah diadakan di Manila pada 2009.

Semasa menuntut di United Kingdom beliau telah dilantik sebagai kolumnis Agenda Daily; sebuah akhbar dalam talian Malaysia, dengan kolumnya ‘R.Ghazali dari Leicester’ dari 2003-2006.

Sekembalinya dari England beliau telah dilantik pula sebagai kolumnis MyMassa dengan kolumnya ‘Suara Murba’ selama dua tahun. Beliau berhenti kerana komitmen akademik yang memerlukan tumpuan sepenuh masa. Kini beliau adalah penulis tamu bagi majalah Mastika dengan kolum beliau bertajuk ‘Menelusuri denai Silam’.

Beliau telah menulis beberapa buah buku dan yang terkini ialah ‘Online Journalism on Malaysian Socio-Political Landscapes’. Kini sedang menyiapkan buku terbarunya ‘Kewartawanan Siber’.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Edited by Dr Rahmat Ghazali - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review